Adakah kanak-kanak perlu menjalani pemeriksaan mata? Kenapa dan bila?
Akademi Oftalmologi Amerika (AOA) mengesyorkan semua bayi perlu menjalani pemeriksaan mata semasa lahir dan diikuti dengan pemeriksaan berkala untuk mengesan masalah mata lebih awal, mencegah kehilangan penglihatan dan memastikan pembelajaran serta perkembangan kanak-kanak normal. Kanak-kanak pada umur 3 dan 6 tahun, sebelum memasuki sekolah rendah, juga digalakkan untuk menjalani pemeriksaan mata yang dijadualkan. Bagi kanak-kanak yang perlu memakai cermin mata atau kanta lekap pula, disarankan untuk memeriksa mata mereka setiap tahun.
-
mata tidak sejajar atau tidak melihat ke arah yang sama
-
rasa tidak selesa bila cuba fokus pada sesuatu atau mengadu sakit kepala
-
cabaran dalam membaca – kanak-kanak memegang buku dekat dengan muka mereka atau apabila kanak-kanak itu kerap terlepas atau kehilangan baris atau perkataan yang sedang dibacanya
-
isu koordinasi tangan-mata. Sebagai contoh, mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk bermain permainan bola
-
menjadi canggung luar biasa
-
sering menegang atau menggosok mata mereka
-
duduk terlalu dekat dengan TV
-
katarak pediatrik yang mungkin wujud sebagai tompok keruh dalam penglihatan sejak lahir
-
mata malas (ambliopia) – berlaku bila penglihatan di satu mata tidak berkembang sebaik mata yang satu lagi
-
squint (strabismus) – bila mata tidak selari atau mata nampak pandang ke arah berbeza
-
rabun dekat (miopia) – keadaan yang sangat biasa dalam kalangan kanak-kanak di mana objek dekat boleh dilihat dengan jelas manakala objek jauh nampak kabur.
-
rabun dekat (hipermetropia) – kurang biasa berbanding miopia. Benda dekat nampak kabur dan benda jauh boleh dilihat dengan jelas
-
astigmatisme – ini berlaku apabila lapisan luar mata yang dipanggil kornea mempunyai ketidaksempurnaan pada lengkungannya
-
defisiensi penglihatan warna (buta warna) – kanak-kanak dengan keadaan ini mungkin menghadapi kesukaran untuk membezakan antara warna yang berbeza dan ini mungkin atau mungkin tidak mengganggu pelajaran mereka dan/atau aktiviti harian yang dipilih bergantung pada jenis buta warna dan tahap keterukan
Apakah ujian yang mungkin dijalankan?
Ujian refleks merah
Ujian refleks merah juga dirujuk sebagai pemeriksaan refleks pupil. Ujian ini boleh mendedahkan beberapa masalah pada kornea, lensa dan kadang-kadang vitreous (gel jernih di antara lensa dan retina). Ia biasanya dilakukan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan bayi baru lahir.
Ujian refleks pupil
Pupil mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata. Pakar mata akan menilai refleks pupil (bagaimana pupil bertindak balas terhadap cahaya) dengan memancarkan cahaya ke dalam mata.
Perhatian terhadap objek visual
Ini adalah ujian mudah untuk memeriksa sama ada bayi baru lahir memberi perhatian kepada objek visual. Jururawat atau doktor akan cuba menarik perhatian bayi anda dengan objek menarik. Mereka kemudian menggerakkannya untuk melihat sama ada mata anak mengikuti objek tersebut.
Carta ketajaman penglihatan Snellen dan lain-lain
Ujian ini serupa dengan carta penglihatan yang digunakan untuk menilai penglihatan pada orang dewasa. Apabila kanak-kanak dapat mengenali huruf atau nombor, mereka akan diminta membaca atau memadankan huruf yang dapat mereka lihat dari jarak tertentu.
Ujian julat pergerakan
Ujian ini membolehkan pakar oftalmologi menilai sejauh mana otot mata berfungsi. Untuk menguji julat pergerakan setiap mata, perhatian kanak-kanak akan dialihkan kepada objek yang menarik, yang kemudian dipindahkan ke 8 kedudukan berbeza: atas, bawah, kiri, kanan, dan pertengahan antara setiap titik ini.
Ujian refraksi
Ujian refraksi digunakan untuk mendiagnosis rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisme. Ujian refraksi biasanya dilakukan oleh seorang optometrist untuk menentukan sama ada kanak-kanak perlu memakai cermin mata dan jika perlu, preskripsi untuk cermin mata itu.
Ujian kecacatan penglihatan warna, juga dikenali sebagai ujian buta warna, biasanya dijalankan pada kanak-kanak yang lebih tua jika terdapat syak wasangka mengenai masalah ini. Ujian Penglihatan Warna Ishihara boleh digunakan untuk saringan. Anda mungkin sudah biasa dengannya. Adakah gambar di bawah menimbulkan sesuatu dalam ingatan anda?
Ujian buta warna yang lebih menyeluruh ialah Ujian Farnsworth-Munsell 100 Hue, satu ujian buta warna yang lebih terperinci yang boleh mengukur sejauh mana keadaan itu teruk.
Mengapa pemeriksaan mata pentingPenglihatan adalah deria yang paling penting yang anak-anak perlukan untuk pembelajaran dan juga perkembangan lain. Dalam kebanyakan kes, anak-anak tidak akan sedar apabila mereka menghadapi masalah penglihatan. Oleh itu, tanpa pemeriksaan rutin, ada risiko masalah itu tidak akan dapat dikenalpasti sama sekali.
Latest Posts
Penyakit Retina Biasa: Punca & Gejala
Penyakit Retina Biasa: Punca & Gejala Imej: Jerebu di Malaysia bol
Back to Basics: 8 Tips For Good Eye Health
Back to Basics: 8 Tips For Good Eye Health We humans are blessed with
Eye Emergency: Retinal Detachment
Eye Emergency: Retinal Detachment Overview The retina is a light-sensi
Is it just a pink eye or is it a symptom of Covid-19 infection?
Is it just a pink eye or is it a symptom of Covid-19 infection? Pink e
Computer vision syndrome: what it is and more on Minnal FM’s Yaavarum Nalam!
Computer vision syndrome: what it is and more on Minnal FM’s Yaa
Pterygium – Semua yang anda perlu tahu mengenainya!
Pterygium – Semua yang anda perlu tahu mengenainya! Pterygium ad