Katarak
Katarak di Malaysia
Apa itu Katarak?
Gejala Katarak
- Pada peringkat awal, pesakit akan mengalami penglihatan sedikit kabur seperti melihat melalui sekeping kaca yang berawan
- Penglihatan semakin kabur dan cermin mata atau kanta lekap yang ditetapkan tidak dapat memperbaiki penglihatan
- Kepekaan terhadap cahaya matahari dan cahaya terang
- Sukar membaca tulisan kecil
- Penglihatan malam yang lemah
- Pengurangan dalam keamatan warna dalam penglihatan
Apa yang menyebabkan katarak?
Tiada siapa yang pasti sebab mengapa perubahan dalam lensa berlaku apabila usia meningkat. Walau bagaimanapun, penyelidik di seluruh dunia percaya bahawa faktor-faktor berikut adalah risiko yang menyebabkan katarak:
- Pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya ultraviolet (UV)
- Penyakit seperti diabetes dan darah tinggi
- Kegemukan
- Kecederaan/trauma mata
- Penggunaan steroid atau rawatan hormon secara berpanjangan
- Keadaan kongenital (wujud sejak lahir)
- Tabiat seperti merokok dan pengambilan alkohol yang banyak
- Rabun jauh tinggi dan sejarah keluarga
Rawatan
Ramai orang menganggap katarak sebagai perkara yang tak boleh dielakkan apabila menua. Namun, penyakit katarak boleh dirawat dan pembedahan katarak adalah prosedur yang agak mudah dan tidak menyakitkan. Terdapat pelbagai jenis pembedahan, seperti menggunakan ultrasonik atau laser, yang memecahkan katarak dan membolehkan doktor bedah mengeluarkan kanta yang berkabus dan menggantikannya dengan kanta buatan yang dimasukkan ke dalam mata semasa pembedahan.
Bagaimana nak pilih lensa buatan yang sesuai?
-
Monofokal – Pembetulan penglihatan jauh
-
Lensa Multifokal – Pembetulan penglihatan dekat dan jauh
-
Lensa Torik – Pembetulan astigmatisma
Apakah penjagaan khas selepas pembedahan katarak?
-
Titis air mata seperti yang disarankan oleh doktor
-
Pakai pelindung mata semasa tidur
-
Pakai cermin mata hitam yang lindungi UV bila keluar bawah matahari
-
Elakkan kawasan yang berasap dan berdebu
-
Elakkan menggosok, memicit atau menekan mata
-
Berhati-hati ketika mencuci muka dan rambut – elakkan air sabun masuk ke mata
-
Elakkan memasak selama dua minggu atau sehingga mendapat kelulusan daripada doktor
Anda perlu kembali untuk pemeriksaan mata sehari selepas pembedahan anda. Janji temu seterusnya biasanya ditetapkan pada 1 minggu dan 1 bulan selepas pembedahan anda. Hadirlah semua janji temu anda, walaupun anda rasa dan lihat mata anda dalam keadaan baik.